
Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT.
Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Untuk itu, di sana terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya:
- Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
Mengapa memilih
TARBIAH DIGITAL NETWORK.
✅ Patuh Syariah & Berlandaskan Sunnah
Proses dilaksanakan dengan akad yang jelas serta penyembelihan yang menepati sepenuhnya kehendak syarak.
✅ Bukti Bergambar & Video
Setiap pelaksanaan disertakan dokumentasi sebagai bukti amanah telah dilaksanakan dengan telus.
✅ Khidmat Sokongan Menyeluruh
Dari proses pendaftaran, pembayaran, pelaksanaan hingga laporan — kami sedia membimbing dan menyantuni setiap peserta dengan sebaiknya.
✅ Nilai Tambah Dakwah & Tarbiah
Sebahagian daripada hasil penyertaan peserta akan disalurkan bagi menyokong
Dana Pengurusan & Operasi serta Dana Pembangunan Dakwah & Tarbiah
di bawah Tarbiah Digital Network, serta membantu madrasah-madrasah terpilih secara berterusan.
*Untuk Maklumat Lanjut berkenaan Program Tarbiah Digital Network boleh ke Website kami
https://tarbiahdigitalnetwork.com
3 Langkah Mudah untuk Mendaftar:

Pengesahan dalam 48 Jam!
Selepas pendaftaran, anda akan menerima pengesahan penyertaan dalam tempoh 48 jam, insyaAllah. Sekirannya tiada respon boleh whatsapp pasukan kami
- Customer service
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami bersedia membantu:

Perhatian Untuk Proses Pembayaran:
Bagi pembelian yang menggunakan kaedah FPX (Billplz), caj pemprosesan sebanyak RM1 akan dikenakan oleh pihak payment gateway bagi setiap transaksi.
https://tarbiahdigitalnetwork.com/